Suka duka bercinta nie adalah kisah rialiti yang terjadi dalam hubungan.Pertama kali aku kenal seorang lelaki ini melalui henfon.Kebetulan pula semasa tu aku baru putus cinta,aku berkenalan dengan jejaka nie.Biasa lah orang baru nak berkenalan macam-macam lah yang ditanya.Jejaka yang aku baru kenal tu tak jauh dari negeri aku,kt muar jer tempatnya.dia lebih tua setahun dari aku..Masa pertama kali aku berhubung dengan dia terasa takut pun ada sebab dia pelik dari yang lain tapi bila aku fikir biarlah aku berhubungan sekadar untuk hilangkan perasaan kecewa aku.Bila aku kenal dengan dia aku rasa senang,segala masalah aku cerita pada dia,hilang segala perasaan takot aku.Dia seorang yang periang,sering buat lucu,selalu buat orang senang,romentik dan penyayang..Aku terasa senang bila berhubungan dengan  dia..Almaklumlah,orang baru tingkatan 3 time nie, kira macam cinta monyet ar gak.Masa aku form 3 dye form 4,kiranya kiteorg di alam persekolahan ag lah time nie.Masa form 3 nie,aku agak playgurlz lah juga dan anggap cinta tu mainan jerp.tu dulu lah. Ini lah pakwe akma,gambar ni time dia form 3.




Akan tetapi Sampai beberapa bulan kami semakin rapat,mulai dari situ timbul perasaan aneh tapi aku simpan perasaan tu sampai dia sendiri yang tanya aku.dan setelah masing-masing meluahkan perasaan,kami pun "couple" lah.Dalam masa kami bercinta banyak ujian yang kami lalui.Dia sering menguji aku,seingat aku dia menipu aku tentang latar belakang keluarganya.sebab sebelum kiteorang couple aku sering kali cakap kt dia yang aku tidak sukew pada orang kaya. mungkin sebab itu dia selalu tipu aku.Dia ingat aku nie mengejar harta,sory lah itu bukan aku.Tentang harta aku tak kisah semua tu,tak pernah ada difikiran aku.Yang penting dia yang menyayangi aku..Pelik betul cinta aku nie,tak pernah berjumpa walau sekali pun.Kami hanya saling menghantar sms dan buat panggilan jer.

suatu hari , aku bertanya kepada dia tentang latar belakang keluarga dia. tidak ku sangka, dia tergolong dalam keluarga yang agak kaya, bila dia sebut jer nama dia. aku agak terdiam. tapi apakan daya aku dah mula menyayangi dia.

Tapi dalam kesenangan ada juga dugaan besar yang timbul.Orang ketiga menagih kasih dari dia.Pertama kali dia cerita pada aku,fuh memang bengang sangat aku dibuatnya.Tapi aku sedar aku sekadar berhubungan dalam henfon sahaja malah orang yang menagih kasih tu adalah bekas kekasih dia sebelum aku.Ingin saja aku mintak putus tapi dia tak boleh terima.Dia lebih memilih aku dari perempuan tu.Lebih-lebih lagi perempuan tu agak cantik dari aku,maklumlah perempuan golongan dari keluarga kaya-kaya,mestilah cantik2.betul x??.kita stop jer lah cerita pasal perempuan tu k,kang x masal aku kena saman..fuh!..

Semakin hari semakin lama hubungan kami semakin banyak masalah aku dengan pakwe aku,aku sering gaduh sebab salah faham.Mungkin sikap aku selalu berfikiran negetif terhadapnya dan sama juga sikapnya terhadap aku.Pernah aku meminta untuk tamatkan hubungan nie dan permintaan aku nie bukan pertama kali malah dah berkali-kali.Apakan daya masing-masing tak nak akhiri hubungan ini.yang aku pulak suka buat masalah,kuar makan dengan lelaki lah,ish2.walaupun lelaki tu member aku sendiri, mesti cepat jer dye marah. bagi aku keluar makan dengan kawan jer.mungkin ada betulnya jugak cakap dia "perasaan lelaki nie lain bila dah dapat keluar dengan perempuan".aku jer yang tak faham-faham. degil gak aku nie. bagi aku kawan adalah penting sebab tanpa kawan siapalah kita,lagi-lagi aku nie suka berkawan dengan lelaki sejak aku masuk sekolah teknik lagi,aku suka berkawan dengan lelaki.kadang-kadang kena marah lah jugak dengan pakwe aku.fuh,tapi alhamdulillah, dapat setel an masalah.he.:D.Yang x tak boleh bla nya,ramai pulak yang cuba untuk memutuskan hubungan aku dengan dia, tapi aku dengan dia berpakat layan kan ajer ape yang orang kata. dan bawa berbincang sama-sama.

Kini sudah 5 tahun dah hubungan kami, tak pernah jumpa sekalipun.Sekarang dia extend belajar di United Kingdom in kos business.Aku pula sambung belajar dalam kos Seni Bina di Politeknik Merlimau Melaka .

Kini hubungan aku dengan dia tiba-tiba sepi.dia menghilangkan diri secara tiba-tiba.last massage dari dia, dia kata begini "sumpah abg cintakan b, dan akan berusaha untuk contact b". aku pula tiba-tiba terdiam,dan bila try contact, tak dapat-dapat.dekat sebulan juga lah aku mengeluarkan air mata setiap malam.Suatu hari aku dapat massage dari kawan baik dia yang mengatakan dia ke singapore selama 5 bulan dan akan pulang 4/2/2012.Aku berasa lega bila dapat massage tu.Tapi dalam hati aku kecewa sesangat sebab dia tak pernah nak hubungi aku. 

Yang merisaukan kan aku sekarang ni,aku takut dia lupakan aku dan tak carik aku kembali.aku takut hubungan aku berakhir dengan air mata bukan berakhir dengan kebahagiaan. kawan-kawan aku kata cinta aku dah macam cinta dalam NOVEL. Aku tak sanggup nak nangis lagi, aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya apabila dia pulang dari singapore aku berharap sangat dia cari aku kembali dan biarlah hubungan kami berakhir dengan kebahagiaan,kerana aku sentiasa menunggu dia. dan aku bertekad, jikalau dia tak cari aku kembali aku tidak akan mencintai lelaki lain hanya fokus pada pelajaran.Sekarang nie,InsyaAllah tidak akan mengganggu pelajaran Akma,sebab aku sendiri tahu apa yang aku buat.Yang pasti aku hanya mampu bersabar dan tempuhi semua ini dengan tabah.Aku berserah pada takdir,biarlah takdir yang menentukan....

created time :2/12/2011



| edit post